Ohh ya, tahniah buat rakan2 ku di zaman persekolahan yang sudah pun di ijab kabulkan. Moga kalian bahagia dan sama2 menghadapi alam perkahwinan. Tidak lupa juga kepada rakan ku yang bakal melangsungkan pada masa terdekat ini. Syukur. Sudah masanya. hehe.
Teringat waktu sekolah semuanya berkejar untuk melangsungkan perkahwinan dulu. HAHA sekarang sudah diketahui siapa yang dahulu. hehe Aku bersyukur ke hadrat ilahi, aku masih dapat bergaul mesra dengan mereka. Setelah bertahun2 mereka diselebungi dengan fitnah dan kutukan dari yang tidak puas hati terhadap diriku. Aku bersyukur akhirnya mereka setia dan kasih terhadap ku. Tidak salah ku turut jua berbuka puasa bersama kalian. Mungkin dalam hati ini sedikit berdebar dengan pandangan kalian buat kali pertama. Sungguh aku bernasib baik kerana masih punya sahabat seperti kalian. kalian lebih mengenali aku dari yang sekarang.
Terima kasih juga kepada dia yang tidak pernah berputus asa untuk aku terus menyambung persahabatan ini dengan kalian. YA allah terima kasih juga buat mu, kerana memberi ku kesempatan ini untuk berbaik dan ber ramah mesra sekali lagi dengan mereka. SYUKUR!
No comments:
Post a Comment