raining rainbow

My photo
Believe in yourself, build your strength, you are strong, You're beautiful and smart and capable of doing anything.

Followers

Tuesday 25 September 2012

hormat?

Assalamualaikum buat semua yang membaca blog saya, Terima kasih la sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ni.

Topik hangat hari ni adalah berkaitan dengan HORMAT. Hormat mengikut kata dewan pustaka dan bahasa bermaksud mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim:

Masalah yang banyak timbul sekarang kerana tiada hormat terhadap sesorang. Apa yang menyebabkan benda ini berlaku? mungkin kite tak perasan yang akhir2 ini makin ramai anak2 muda yang tidak pandai menghormati yang tua, begitu juga sebaliknya. Mungkin kerana gaya hidup masing2 yang terlampau mengikut adat kebaratan maybe? atau mereka hilang hormat terhadap sesorang atas sebab2 tertentu. Tapi kenapa? hormat tak semestinya kite diam. bercakap dengan nada yang kuat tapi antonasi nya lembut juga menanda orang itu hormat kepada seseorang.

Apakah dunia semakin hilang hormat mereka terhadap yang lebih tua? apakah ini trend anak2 muda sekarang? lebih megah menunjukkan kuasa dari tunduk menghormati yang tua? Tidak juga yang muda sahaja yang perlu meghormati yang muda. Yang tua juga perlu menunjukkan hormat dengan kadar taraf yang sama. bukannya menindas yang muda.

Malaysia terkenal dengan rakyat nya yang saling hormat menghormati dan bersopan santun. apakah kita mahu negara kita ini jatuh baru sama2 berganding bahu untuk menentang anasir jahat? Sedarlah wahai sekalian makhluk Allah. kita didunia hanya sementara. pinjaman sahaja dari yang Esa. tidak perlu bermegah dengan apa yang ada. bukankah kita sepatutnya bersama2 terus memperjuangkan negara kelak?


No comments:

sajer

english tidak berapa bagus..
gelak sorng2...
hahaha
='D